Tuesday, 14 January 2014

rindu tentang kita

ditemani secawan nescafe
aku selak diari dulu
satu persatu aku selak dan baca macam selalu
kadang-kadang aku senyum
kadang-kadang aku mencuka
kadang-kadang aku tersedu sedan tanpa punca
terlayar semua kenangan waktu kita bersama
kadang sebak, sesak juga tahan rasa di dada
dalam hati ni cuba pendam rasa
merindu kesayangan yang entah bila boleh jumpa

rindu bonda dah sarat tak terbilang kata
menghitung waktu mahu bersua
cuma entah bila
bonda masih tunggu dengan izin-Nya
insyaAllah bertemu jua kita akhirnya

salam sayang dari bonda

No comments :

Post a Comment