Monday, 15 December 2014

tengah malam

Tengah malam disember 15

Ade mase kau perlu lelaki yang bername suami untuk cerite ape yang sehari-hari yang berlaku tentang anak kau dan die. Camane kau risau dan kene pikir nak buat ape. Bile datang sakit demam die. Bile tibe-tibe ade ruam tumbuh kat badan die. Bile tibe-tibe die mengaruk tanpe punce. 

Ye, ade mase kau perlu.

Dan aku masih tonton tv macam hari-hari yang lalu sambil gosok-gosok kaki die harap waktu tu akan datang.







Saturday, 1 November 2014

3rd November 2012

I was remember how's we smile.
I miss you November.
Don't  you even miss me?





Wednesday, 1 October 2014

Wednesday, 26 February 2014

sekarang atau akan datang

khamis, 27 feb 2014
klang

kita masih punya doa untuk mengharapkan takdir yang lebih baik dan atas setiap kebinasaan, kita yang memilih untuk jadi begitu.

         "untuk aku yang tidak suka menunggu, aku bersedia untuk pergi dulu
         dan ia akan kekal begitu " 

Tuesday, 11 February 2014

"bahagia kita sekarang"



rabu, 12 feb 2014
klang, selangor

anak mata dia aku pandang dalam-dalam
jauh aku selam
senyum aku ukir perlahan-lahan
aku cuma nak dia tahu
'kita' bahagia sekarang

Monday, 27 January 2014

this path, we shall travel together

seperti selalu, apa sahaja yang berlaku, semuanya bakal berlalu
seperti ombak yang mengempas pantai bertalu-talu
tak pernah jemu
pandang ke langit, kau akan nampak biru walaupun bukan aku
sunset terakhir kita

selamat tinggal 'kita'

Sunday, 19 January 2014

hati, tolong besyukur boleh tak?

hati ni entah mengelamun kemana
rasa debar pun ada
macam jatuh cinta style dulu-dulu je gayanya
haha
well, kidding jela
ikut rasa
jiwa raga ni dah terbang
kalau tak aku fikir tanggungjawab
jadi kuli dekat company orang
aku dah lekat kat hometown tau
tak nak balik

kadang-kadang
fikir-fikir balik
mana nak cari bahagia macam sekarang
dulu 
hidup dan tumpang kasih sayang keluarga orang
tak sama dengan sekarang
sekarang
dah bahagia dan boleh tarik nafas lega
tapi kadang-kadang
masih mencuka entah apa yang tak cukup lagi agaknya

-cukup, bersyukur + terima = kan senangkan?

Tuesday, 14 January 2014

rindu tentang kita

ditemani secawan nescafe
aku selak diari dulu
satu persatu aku selak dan baca macam selalu
kadang-kadang aku senyum
kadang-kadang aku mencuka
kadang-kadang aku tersedu sedan tanpa punca
terlayar semua kenangan waktu kita bersama
kadang sebak, sesak juga tahan rasa di dada
dalam hati ni cuba pendam rasa
merindu kesayangan yang entah bila boleh jumpa

rindu bonda dah sarat tak terbilang kata
menghitung waktu mahu bersua
cuma entah bila
bonda masih tunggu dengan izin-Nya
insyaAllah bertemu jua kita akhirnya

salam sayang dari bonda

Sunday, 12 January 2014

peluang kedua

meninggalkan dan ditinggalkan,
semuanya tetap menyakitkan bukan?
tapi kalaulah dulu aku boleh faham 
setiap apa yang Allah rencanakan
disebalik kesakitan yang punya hikmah berpanjangan
mungkin dulu aku tak akan mengeluh atas kesalahan
mungkin aku tak akan meraung atas sesalan
sebab meninggalkan dan ditinggalkan
rencana Allah yang mana mungkin aku pertikaikan

**************

hutang kasih sayang dan didikan
mana mungkin aku mampu bayar
biarpun waktu diputarkan
biarpun masa dapat aku hentikan
tetap tak sama bukan?

**************

cuma rindu 'kita'
bonda rindu kita yang dulu kala
cuma tak mahu ada 'dia'



Sunday, 5 January 2014

cukup manis, kau rasa?

senyum

aku kira cukup manis

untuk aku sedekahkan pada kau si pembengis

mahu tegur takut hati sendiri terguris

tak rela aku jadi pengemis

semata-mata mahu kau senyum manis

waste time, faham?

Wednesday, 1 January 2014

pergi-cari & berhenti

hadir bagai bayangan

dek kerana impian nak gapai bulan

kau mungkin hilang yang dulu jadi kesayangan

cukup-cukuplah berillusi

aku takut makan diri

langsung hilang yang dihajati

-stop finding-