Sunday, 1 December 2013

disember

disember datang lagi

meninggalkan november yang banyak menggamit memori

menghitung waktu-waktu

dengan hari-hari yang makin berlalu

jauh dari sudut hati mula redha dengan pemergiannmu

walau hati sedikit sayu


sedar tak sedar

hari yang ditunggu 

bakal menjelang tahun baru

ada keyakinan dibalik hati beku

mula mencair dengan si cinta baru

masih terngiang-ngiang kata si cinta dulu

cuba terima apa yang berlaku

walau mungkin kita tak sebulu

ingatlah kita masih pernah menganyam impian waktu dahulu

redha dan terima cinta si baru

moga-moga ada sinar baru buatmu 

mantan pasanganku

Saturday, 30 November 2013

'promise me'

 "Memang kita tak tahu apa takdir kita pada masa depan. But i dare

to say that i'm the Adam, the Adam in your mind once. That Adam yang

 pimpin tangan Hawanya melalui liku hidup ni... Selagi abang mampu,

 abang berusaha untuk tak mengkhianati cinta kita."
 
Solehah menunduk. Terharu!

Wednesday, 27 November 2013

rusuk kiri

si rusuk kiri menapak pergi

meninggalkan si empunya badan termangu sendiri

memikirkan tentang mereka yang bakal disatukan tak lama lagi

janji bakal temetri

tapi hati belum mampu menerimanya lagi


apakah ini memang takdir illahi?

bercinta separuh mati

dengan si dia pujangga pujaan hati

lalu ditinggal pergi

akhirnya memaksa diri

menerima empunya badan sebagai pengganti diri


hati tolong lupakan apa yang terjadi

janji saki baki 

si dia pujangga hati

rusuk kiri rela membawa diri

dari mengingat janji yang merenggut hati 

dan kini dibiar mati tak berpenghuni


Tuesday, 26 November 2013

dulu & sekarang

Kadang-kadang aku sendiri kurang pasti, kenapa harus bawa diri sampai begini. Sedang aku kira, perjalanan masih perlu diteruskan , ada insan yang harus aku perjuangkan.

Dulu pernah jatuh tersembam tapi bangkitnya aku dengan kaki yang masih mampu berjalan. Walau rentaknya sedikit menakutkan.

Kecewanya aku bukan kepalang, ditinggal seorang tanpa jejak dan bayang-bayang. Lalu nekad untuk memutuskan dari meneruskan seperti kata mereka dah alang kepalang.

Aku kira tiada bezanya dulu dan sekarang, cuma ego masih belum mampu aku buang, cara pembawakan sedikit kurang, yang dahulunya lemah lembut tapi sedikit keras sekarang. Semacam hati aku hitam, kelam dan kalau kau berdiri belum tentu nampak bayang-bayang.


 TAMAT

Monday, 25 November 2013

tunggu atau berlalu







sedang aku memilih jalan yang harus dituju

hati kata tolong tunggu

he's waiting for you

tapi dek hasutan syaitan yang berbisik kuat kata

he's never loves you

aku malah nekad untuk melangkah pergi berbatu

tapi jujur aku masih buntu

Sunday, 24 November 2013

Kejam, hitam & aku

Kau bagi dia peluang

Dia cuba rebutkan

Usaha sampai tinggal tulang

Tapi sampai masa

Kau tinggalkan

Tinggalkan dia terawang-awang

Memang betul kejam hati kau sekarang

Ikut suka bila nak buang

Bila nak sayang

Apa nak jadi dengan kau sayang

Wednesday, 20 November 2013

Move on

Kalau sudah jalan ke depan
Jangan kau toleh-toleh ke belakang
Kalau-kalau ada hati yang sudah patah riuk kau kerjakan
Anggap saja takdir sudah menentukan
Apa lagi yang bisa kau lakukan
Menunggu hari pembalasan?
Jangan jadi bodoh
Kau sendiri tahu
Tiap perjalanan sudah ditetapkan
Semacam hati-hati yang kau patah riukkan
Mereka hanya satu laluan, satu singgahan
Sebelum kau sampai destinasi yang kau mahukan
Mungkin juga aku, mungkin juga bukan kan?
Mungkin itu bukan pertanyaan malah jawapan

Jawapan yang mereka mahukan






Hati & mati

ada waktu

kau cuma paksa diri

cuba untuk berbahasa basi

padahal hati kau dah mati

Monday, 18 November 2013

"Good bye, past" said her

I've learned that things change

people change

add it's doesn't mean you forget the past

or try to cover it up

it's simply means that you have to move on

and treassure the memories


letting go doesn't mean giving up

it means accepting that some thing

weren't meant to be